Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan
KAEDAH-KAEDAH BELAJAR
JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.
Tidak diketahui pula
bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan
memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus
memikirkan soal ini.
Walaupun cara
mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut
jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.
Sebenarnya kejayaan
di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan
berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak
dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan
mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan
dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang
lain.
|
|
Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu :
(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %
Kebolehan
sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi
kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak
kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan
Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik
yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar
dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .
JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :
1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak
2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak
3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak
4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak
5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak
6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak
7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak
8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak
9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak
10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak
11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak
12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak
13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak
14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuatsecara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak
Masa belajar setiap
hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti
berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan
berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti
sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2
jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu
lama.
Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak
dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun
pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita
mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang
akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan
mesti digunakan untuk belajar.
Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.
Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.
Kelulusan
kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau
lulus (pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang
diberikan. Kalau kamu bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu
mestilah mencurahkan tenaga dan masa seperti orang yang mahu mendapatkan
pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian
(katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan
tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa yang
dicita-citakan.
Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan
disiplin diri. Orang yang bertanggungjawab akan berusaha
besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia sedar akan maruahnya .
Masalah
besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman)
pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya .
Semua ini akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu
jika azam kamu tidak kuat , matlamat tidak bulat dan padu.
Segala
usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan
bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu
TEKNIK-TEKNIK BELAJAR
Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :
a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak
lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa
membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya
baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya
secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan
lain-lain.
d. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
Perkataan-perkataan
ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan
maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam
ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu
hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam
masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam
masa 1 tahun.
TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS
BERIKUT disenaraikan
teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan.
Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
- Pilih satu tajuk dan baca nota.
- Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
- Baca dan garis fakta.
- Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
- Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
- Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
- Susun fakta ( jika perlu ).
- Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
- Bandingkan apa yang kamu tulis.
- Ulang hingga kamu puas hati.
- Ulang membaca fakta , jika ada masa.
- Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
- Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaaan
dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan
menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk
ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
Cara-caranya ialah :
- Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
- Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
- Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
- Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
- Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.
TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR
JADUAL belajar amat
perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan
atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah
ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa
tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.
Jadual belajar
juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang
perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan
mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar
untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.
Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya
Hari Ahad : 9.00 pagi - 10.00 pagi
: 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
: 2.00 petang - 3.30 petang
: 3.30 petang - 5.00 petang
: 8.30 malam - 10.00 malam
: 10.00 malam - 11.30 malam
Hari Isnin : 2.30 petang - 4.00 petang
: 4.00 petang - 5.30 petang
: 8.30 petang - 10.00 malam
: 10.00 malam - 11.30 malam
Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.
Contohnya :
- Matematik - 4 kali seminggu
- Bahasa Inggeris - 2 kali
- Sejarah - 4 kali
- dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.
PERINGATAN :
- Oleh
kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari ,
maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
- Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
- Masa
belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia
boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
- Pematuhan
kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil
untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah
atau keluarga.
TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN
SEBAGAI calon
peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak
seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.
Nota
ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada
pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh
diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan,
pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi
penting untuk diingat atau difahami.
Adakah kamu menyediakan nota
sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab
mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita
sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat
nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak
semestinya menjelang peperiksaan saja.
Cuba kamu ikut contoh
Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan
yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke
Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan
dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A
dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat
nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak
langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari
ikut teknik Fazley.
LANGKAH PERTAMA
Fazley
menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang
highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu
boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang
kepada kemampuan dan keselesaan kamu.
LANGKAH KEDUA
Mula membaca
buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting
diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang
dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak
perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota.
LANGKAH KETIGA
Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum
LANGKAH KEEMPAT
Mula menulis
nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian
(subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat
kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula
satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat
seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.
LANGKAH KELIMA
Setelah kata
kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang
penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya
fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi
penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya,
tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.
LANGKAH KEENAM
Setelah nota
disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan
sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.
LANGKAH KETUJUH
Ambil sampul
surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa
terluang , silalah baca .
Untuk subjek yang melibatkan pengiraan
seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah
buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu
agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek
Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul
secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan
yang tepat dan mendapat markah yang baik.
Menurut Fazley, dia
akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika
menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca
nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota
yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan.
Kaedah di atas
adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak
lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat
nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan
diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia
untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat
persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji
semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.
PETA MINDA
Kaedah membuat
nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini
lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif
berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan
pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping itu, peta minda
merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada
ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.
Peta
minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.
Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam
ingatan kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu
sendiri. Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui
gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.
PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA
- Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
- Tingkatkan
konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang
boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
- Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
- Baca keseluruhan teks dengan laju
- Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
- Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
- Bina peta minda
KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA
- Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
- Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
- Tuliskan
tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili
tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya
lebih mudah mengingatinya
- Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
- Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
- Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
- Kembangkan
ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu
gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini
NOTA ISTILAH
Nota istilah
digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula
di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai
bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .
KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH
- Baca topik dengan teliti
- Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
- Catatkan
istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras
dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
- Nota
yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan
perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh